hijzspace

malaysian.hijazi

Cume posting...



Self-reckoning
1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
30." Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
para malaikat: "sesungguhnya Aku hendak melantik
khalifah di muka bumi." (al-Baqarah)

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?
¡§Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat
Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di
bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang
sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan
ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka
(Islam) yang telah diredhaiNya untuk
mereka;(an-Noor- 55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?
56."Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali
supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
(adz-Dzaariyat)

115-116." Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya
Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan
bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka
Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan
selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia"
(al-Mukminun)

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?
"Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan
matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam" (al-An'am)

5. APAKAH ITU KEBENARAN?
30. "Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang
benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain
dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang
Maha Tinggi dan Maha Besar" (Luqman)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN... KENAPA AKU TIDAK
NAMPAK KEBENARAN?
9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka
kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan
(yang menghalang mereka daripada memandang kepada
keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di
hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka
daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka
( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka;
maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan
yang benar). (Yaasin)

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG
BERJAYA..... TAPI...SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA
BERJAYA?
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan
mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia;" (al-Mukminun)

102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya,
maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

71.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan
RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai
sebesar-besar kejayaan (al-Ahzab)

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG
BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam
agama Islam itu sepenuhnya." (al-Baqarah)

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2
ALLAH?---(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima
dan diamalkan sebagai seorang muslim.)

2. "Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang
syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan seluruh alam. (al-Mukminun)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI
KEMAHUANKU.JADI, CAMNE TU?
29. "Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu
kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah"
(at-Taqwir)

216." Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal
ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu,
sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah
yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah)

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN
SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA
DAN TENANG.
28.¡§(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah
dengan ¡¥zikrullah¡¦ itu, tenang tenteramlah hati
manusia.¡¨(Ar- Rad)

" Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati
AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan
(ygMenyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi
teman yang selalu menyertainya" (az-Zukhruff: 36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU
JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.
71. Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka
nescaya musnahlah langit dan bumi dan
penghuni-penghuniny a. ( Al- Mukminun )

42. "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu
dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu
pula padahal kamu semua mengetahuinya. " (at-taubah)

13. AKU MEMPUNYAI MINDSET BAHAWA UTK MENGAMALKAN ISLAM
SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK 'HAPPENING' DAN
MENYUSAHKAN.
2-3. "Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar
kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng
yang takut(pada Allah) (Thahaa)

82. "Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang
menjadi rahmat kepada orang-orang
yangberiman" (al-Isra' )

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN
DAN BERAMAL SOLEH?
139. "Janganlah kamu bersikap lemah dan
janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu
orang-orang yang beriman"(ali- Imran)

15. APA YANG AKU BUAT SEKARANG KEBANYAKANNYA ADALAH
UNTUK MENCARI REZEKI, APA KAITANNYA JIKA AKU BERIMAN?

2-3. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia
mengadakan jalan keluar untuknya dan memberikan rezeki
dari arah yang tidak disangka-sangkanya dan sesiapa
yang bertawakal kepada Allah, Dia akan memberikan
pertolongan yang cukup kepadanya. Sesungguhnya Allah
berkuasa melaksanakan segala urusanNya. ( at-Talaq)

16. KADANG-KADANG, AKU SUKAR DAN MALAS MELAKUKAN
KEBAIKAN DAN AKU MENYANGKA AKU TIDAK ATAU BELUM LAGI
DIBERI HIDAYAH.

8-10. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah
orang yang mensucikan jiwa itu, sesungguhnya merugilah
orang yang mengotorinya. (Asy-Syam)

11.Sesungguhnya Allah tidak mengubahkan keadaansesuatu
kaum hingga mereka sendiri mengubah keadaanyang ada
pada diri mereka (ar-Ra'd)

13. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala
berfirman): ¡§Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan
(memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal
soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha
dari masing-masing) , nescaya Kami akan berikan kepada
tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum
masing-masing meninggal dunia, supaya terkena azab di
akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu:
¡¥Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahanam
dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya
tidak berusaha untuk beriman dan beramal
soleh)¡¨.(As-Sajdah)

17. ADAKAH PERNAH AKU TERFIKIR BAHAWA AKU CINTA KEPADA
ALLAH DAN RASULNYA?

24.¡§ Katakanlah (wahai Muhammad): ¡§ Jika bapa-bapa
kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu,
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -(jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada)
berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya ( azab seksaNya); kerana
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang
yang fasik (derhaka).¡¨(At- Taubah)

18. TAPI AKU CINTA KEPADA DUNIA INI!!!

64. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini
(meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika
dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain
hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan
sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang
sebenar-benarnya ; kalaulah mereka mengetahui (hakikat
ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari
akhirat)(al- Ankaboot)

19. KDG2 KEADAAN DI TEMPATKU MEMBUATKU SUSAH UTK
BERAMAL SOLEH.
56. Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesunggunya
bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh
itu, (dimana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka
hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaku.
(Al-Ankaboot)

20. AKU MENGAKU AKU BERSYUKUR, TAPI HAKIKATNYA?

23. Katakanlah (wahai Muhammad), ¡§Allah yang
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan
mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit
kamu bersyukur¡¨ (Al-Mulk)

21. JADI, APAKAH YANG PATUT AKU BUAT SELEPAS
INI?--perbaiki amal dan luruskan niat kerana Allah

69. Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama
Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka
kejalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka
bergembiraserta beroleh keredhaan); dan
sesungguhnya( pertolongan dan bantuan) Allah adalah
beserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya.(al- Ankaboot)

3.Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah
menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana
cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu.

22. OK, AKU AKAN CUBA BAIKI AMALANKU, TAPI SAMPAI
BILAKAH AKU MAMPU BERTAHAN?

75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat
tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran
mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan
ucapan selamat di dalamnya.(Al- Furqan)

2. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam
jahiliiyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

23. APA YANG AKU DAPAT?

58. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
Kami tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya.Demikianla h balasan yang
sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh

.59. (iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula
berserah diri bulat-bulat kepada
Tuhannya.(al- Ankaboot)

24. OK..SEKARANG, DAH ABIS BACA, SUDAHKAH AKU DIBERI
PERINGATAN? ---(jangan sampai kita merintih di akhirat
kelak):

104.Api neraka itu membakar muka mereka, dan
tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh
cacat..

105. (sambil dikatakan kepada mereka): ¡§Bukankah
ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu
terus menerus mendustakannya?¡¨

106.¡¨Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka
ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu
kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan
maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang
zalim.¡¨

108. (Allah ) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan
di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata
(memohon sesuatupun) kepadaKu! (al-Mukminun)

"Demi waktu pagi.Dan demi waktu malam yang sunyi
sepi.Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan
tiada pula ia murkakanmu. Dan sesungguhnya Akhirat itu
lebih baik untukmu dari dunia"(ad-Dhuha: 1-4)


~istiqamah.. .hidayah itu milik Allah..hanya Dia yg
berhak mengurniakannya kpd sesiapa yg dia
ingini..tetapi kita mesti berusaha memperolehnya dan
berdoa kpdNya agar diberi petunjuk..~

"nahmaduhu wanastaghfiruhu, wanasta'inuhu,
wana'uzubillahi min syuruuri anfusina, wamin sayyi ati
a'malina..Man yahdillahu fala mudhillalah, waman
yudhlil fala hadiyalah"

Maa ashobaka min hasanatin faminallah.. .wamaa ashobaka
min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari
Allah dan yg buruk tu dari diriku....)

Nukilan Mus'ab dr yahoogroup JAD_net
Takan lupa kot?
Kebelakangan ni ramai pula budak JAD hantar YM link ke YouTube. Antara yang menarik diletak di bawah ni...

Label:

All new Hijzepedia Malay Style!
Memperkenalkan blog ditingkat-taraf ke versi bahasa Melayu. Anda juga boleh melayari ke versi-versi lain iaitu: hijzepedia versi bahasa Inggeris atau hijzepedia versi bahasa Jepun. Selamat belayar!

Jumpa lagi di lain post dengan topik yang lebih menarik.